salam..dalam keadaan aku yang sibuk menghias-hias kelas, mengemas dan menyusun atur kelas supaya menjadi kelas yang kondusif, pelbagai dugaan yang aku terpaksa tempuh.macam-macam hal. ada yang ingin kita melakukan sesuatu, tapi main sembur je.macam la kita bergaji kan duit dia. ada yang menggunakan pengalaman bekerja yang berpuluh tahun untuk memandang rendah pada kebolehan aku.bagus sangat la sebab memang aku tak suka orang yang terlalu menyanjung aku.tetapi, walaupun aku nie lebih muda dari dia, namun kita sebagai manusia masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. jika hari ini ko boleh pelik tgk idea bodoh aku...tak mustahil ko akan pelik tgk diri ko mengeluarkan idea bodoh.macam-macam jenis manusia kan? tak sangka kerana masih ada manusia yang berfikiran begini...apa nak buat kan...
apa-apa pun, aku masih aku. aku meneruskan minat aku dengan dunia prasekolah. pendirian aku tegas. jika aku mahu..maka aku mesti dapatkannya.aku tahu tugas aku sebagai guru. jadi kepada orang yang memang suka mencari kesalahan orang lain, diminta anda menjauhi diri saya....salam..
Monday, January 24, 2011
Saturday, January 15, 2011
Esok cikgu shida akan bersendirian menjaga anak2 prasekolah...
Salam semua..
Esok hari Isnin..PPM akan bercuti sebab dia nak hantar anak dia masuk Sek Men Teknik. Maknanya Cikgu Shida akan melayan kerenah anak-anak prasekolah bersendirian. Adoi..beratnya beban Cikgu Shida. Apa-apa pun Cikgu Shida akan bersiap sedia supaya tak adalah nanti masalah yang akan timbul. Sama ada anak-anak yang pengsan ataupun Cikgu Shidah yang pengsan. Kita sama-sama saksikan ye esok. Standard Pembelajaran untuk hari esok ialah Menyebut Huruf Vokal yang terdapat di dalam perkataan. objektif Cikgu Shida hari esok, Cikgu nak anak-anak dia kenal huruf vokal. Semoga anak-anak cikgu esok akan jadi anak-anak yang baik. tolong la jangan nakal ye...

Hai..saya Norshahidah Junid.Guru Prasekolah SK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru. Ini merupakan tahun pertama saya berkhidmat di sekolah ini. Harapan saya pada tahun ini adalah untuk membawa kelas Prasekolah SKTJJ1 ini ke satu tahap di mana ia akan menjadi kelas contoh di daerah Pasir Gudang. itu hanya harapan..adakah ia akan jadi kenyataan? kita sama-sama saksikan. kepada rakan-rakan guru prasekolah.. ayuh bersama-sama kita berkongsi idea, pengalaman dan segalanya untuk memartabatkan profession guru prasekolah...terima kasih kepada en.zainal somingan yg memberikan tunjuk ajar me refresh blog ini..sekian untuk pagi ini..jumpa di lain masa
Salam buat semua..
Bersyukur saya pada Allah kerana tahun ini merupakan tahun pertama saya bertugas di SK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru. Satu penghijrahan dan satu perubahan yang akan berlaku dalam diri saya dan kelas prasekolah ini. Semoga urusan untuk mendidik kanak-kanak prasekolah 2011 dipermudahkan oleh Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)