Sunday, April 10, 2011

Aktiviti bermain warna air..





Aktiviti Menghasilkan Pelangi..itu merupakan fokus utama. sebelum itu murid mengenal apa itu air. apakah warna air? adakah air boleh dipegang? amat seronok kanak-kanak apabila dibenarkan bermain dengan air. banyak penemuan yang telah mereka ketahui. benda yang tenggelam di dalam air, benda yang timbul, benda yang menyerap air dan benda yang larut di dalam air. aktiviti luar seperti ini membawa makna yang besar kepada mereka. seronok, selamat dan berfokus. Tahniah!

Aktiviti bermain warna air..



hai..ini merupakan salah satu aktiviti murid-murid prasekolah SKTJJ1. Bermain warna air. ini kali pertama mereka bermain dengan warna air. mereka mencorak menggunakan anggota badan mereka iaitu jari. aktiviti ini berjaya menarik minat murid-murid ini untuk meneroka warna-warna yang terdapat disekeliling mereka. Adik Aleesya dan Adik Manisa telah berjaya membuat rumusan apabila warna biru dan warna kuning dicampurkan, ia akan menjadi warna hijau. murid-murid berasa sangat terhibur dan berjaya menunjukkan nilai-nilai murni sepanjang berjalannya aktiviti berkumpulan ini. Tahniah!

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Mesyuarat PIBG 2011




Salam.. Sudah lama tidak mengupload berita dan gambar-gambar aktiviti murid-murid prasekolah SKTJJJ1buat tatapan umum..pada 27 Februari 2011 yang lalu, murid-murid Prasekolah SKTJJ1 telah membuat persembahan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 & Mesyuarat PIBG 2011. Hasil permintaan Puan Mollie binti Atan, Puan Guru Besar SKTJJ1, ini merupakan penampilan pertama murid-murid prasekolah di bawah pimpinan Pn. Norshahidah Junid. Walaupun persembahan kami bukan berbentuk ilmiah, tetapi persembahan ini telah mencuit hati kebanyakkan tetamu yang hadir. Syabas cikgu ucapkan. Bukan mudah untuk membentuk kanak-kanak prasekolah dalam masa 2 bulan sahaja. Ditambah lagi ketika di awal persekolahan. Apa-apa pun, lagu Kalau Berpacaran amat bermakna untuk kanak-kanak ini..Syabas sekali lagi..!!