Saturday, May 7, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Pasir Gudang Tahun 2011












7Mei 2011- apa yang telah dirancang semuanya telah berjaya dilaksanakan. Walaupun kelihatan banyak cacat dan cela namun ini merupakan kali pertama Cikgu Shida membawa kontinjen Prasekolah SKTJJ1 ke kejohanan ini. Tiada pingat yang dapat digondol. Tetapi,paling tidak, Cikgu puas hati kerana semua anak cikgu dpaat menunjukkan semangat kesukanan yang amat baik. Walau ada yang menangis kepenatan tetapi nak juga berlari. Pada pendapat saya, mengadakan sukan prasekolah terus ke peringkat daerah adalah tidak releven dan memberi tekanan kepada kanka-kanak prasekolah. Dengan bilangan peserta yang terlalu ramai, ia menyebabkan masa yang di ambil untuk pengelolaan peserta adalah lama. Sehinggakan ada murid yang menangis kerana terlalu lama menunggu. Mungkin selepas ini akan dilakukan sedikit perubahan.

Friday, May 6, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Prasekolah Daerah Pasir Gudang

Salam Sejahtera.
Pada hari esok ( 7Mei 2011) kanak-kanak prasekolah SKTJJ1 akan menyertai kejohanan seperti yang dinyatakan di atas. Seramai 10 orang yang akan mengambil bahagian. Doakan kejayaan kami...